Monday, May 11, 2009

KENANGAN KURSUS INDUKSI (KISSM) AMBILAN 1/2009 JPWPKL

Setelah hampir sebulan berlalu kursus induksi yg aku gi, baru la nak upload gambor. tapi gambor yg ada ni hnyalah gambor ahli kumpulan aku masa induksi tu je iaitu kumpulan ''APOLLO''. kalo nak masukkan sume gambor peserta induksi tu, tumpo la teman.tak terupload..lagipun gambor ni je yg ada dlm simpanan aku.huhuhu..


gambor ni diambil masa perbincangan kumpulan utk wat tugasan.tajuk tentang "kualiti @ Q". ni masa dalam dewan ceramah.











Gambor ni lak diambil selepas sukaneka bersempena utk meraikan kejayaan kumpulan Apollo meraih tempat ke 4 dari bawah dlm acara sukaneka.hihihihiihi











ni lak gambor seorang "jejaka pemalu" bersama 4 org hulubalang kumpulan Apollo.hehehee







rentetan gambar2 bawah ni mmg wat aku rasa kerdil je sbb ia menunjukkan kebesaran ALLAH yg menjadikan sekalian alam.subhanallah!!! rentetan gambar2 ni aku namakan sebagai "MENTARI DI UFUK BARAT".gambar bawah ni aku tangkap masa matahari terbenam kat Pantai Bagan Lalang. seperti mana yg kita tau, matahari akan terbit dari timur dan terbenam di barat. tapi di akhir zaman, matahari akan terbit dari barat dan akan terbenam di timur.hangpa pikir2kan la......










Wednesday, May 6, 2009

PETIKAN KATA-KATA HAMKA

1." Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras"

2. "
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya."

3. "
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. "

4. "
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. "

5. "
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. "

6. "
Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”.

7. "
Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati "

8. "
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu "

Tuesday, January 6, 2009

SEKELUMIT CORETAN

Salam sejahtera kepada semua...tulisan ini adalah satu percubaan sahaja..tengah nak explore2 dan wat ujikaji.tgah nak pahamkan selok belok je..dah faham nnti senang la nk upgrade dan edit2,tetambah apa yg patut..nantikan kemunculannyaaaaa..